Perkhidmatan Pembangunan Komuniti Sukarela
PENGENALAN
Seksyen Pembangunan Komuniti Sukarela bertanggungjawab dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan sasar yang tinggal di pusat-pusat jagaan, mempertingkatkan keupayaan komuniti yang bekerperluan dan bermasalah ke tahap optimum untuk membolehkan mereka berdikari, mempertingkatkan komitmen komuniti, agensi, jabatan, badan-badan swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang lain dalam membantu golongan sasar jabatan dan mempertingkatkan semangat kesukarelaan komuniti dan masyarakat untuk membantu golongan sasar jabatan
OBJEKTIF
- Menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan sasar yang tinggal di pusat-pusat jagaan
- Mempertingkatkan keupayaan komuniti yang bekerperluan dan bermasalah ke tahap optimum untuk membolehkan mereka berdikari
- Mempertingkatkan komitmen komuniti, agensi, jabatan, badan-badan swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang lain dalam membantu golongan sasar jabatan
- Mempertingkatkan semangat kesukarelaan komuniti dan masyarakat untuk membantu golongan sasar jabatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
Bantuan Geran Tahunan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan
Senarai PSK -
Program Unit Khidmat Penyayang (UKP)
-
Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG)
-
Program Organisasi Komuniti (ke arah produktif welfare)
-
Jentera Dasar Sosial Negara di peringkat akar umbi (NADI)
-
Program Perkongsian Bijak dengan Syarikat Korporat
-
Bengkel Terlindung (Bengkel Seri Sarawak)
- Program Khidmat Bantu Di Rumah/Home Help Services