UNIT KHIDMAT PENYAYANG

 

UNIT KHIDMAT PENYAYANG


PENGENALAN

Dalam usaha menentukan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan, Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keutamaan terhadap peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan.JKM sentiasa peka kepada ekspektasi dan kehendak masyaraakt yang memerlukan perkhidmatanyang lebih cekap, cepat dan berkesan.Salah satu mekanisme untuk mencapai hasrat tersebut adalah melalui perluasan dan peningkatan jentera penyampaian sedia ada kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar sehingga ke peringkat akar umbi tanpa mengira di mana mereka berada.

Senario semasa juga memperlihatkan keprihatinan masyarakat kepada permasalahan dan penderitaan individu, keluarga dan komuniti yang dianggap tercicir daripada arus pembangunan dan  tidak mendapat pertolongan atau bantuan yang sewajarnya.Berita mengenai kes-kes sebegini banyak dipaparkan melalui media cetak dan juga media elektronik.Oleh itu, JKM perlu mengambil suatu pendekatan efektif yang dapat menentukan liputan perkhidmatan disebar luas untuk menggelakkan masalah keciciran golongan yang berkeperluan daripada sistem penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh JKM.

KONSEP PROGRAM UNIT KHIDMAT PENYAYANG

Program UKP merupakan satu program pendampingan sosial atau sosial outreach  untuk mendekatkan JKM kepada masyarakat khususnya masyarakat terpinggir, daif, miskin dan yang sukar mendapat bantuan 

Melalui pendekatan outreach yang digunakan, urusan penyampaian perkhidmatan tidak lagi hanya tertumpu di pejabat sebaliknya pegawai dan kakitangan yang terlibat akan keluar mendampingi dan mengenal pasti kumpulan ssasar bagi menyampaikan perkhidmatan yang diperlukan.UKP berkonsepkan kepada perkhidmatan bergerak untuk mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan secara berpusat bagi membantu individu, keluarga komuniti dan golongan lain yang memerlukan di kawasan setempat melalui perkhidmatan dan program yang disediakan olek JKM, agensi lain dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

FUNGSI UNIT KHIDMAT PENYAYANG

Unit Khidmat Penyayang berfungsi sebagai:-
- Pejabat Mini Bergerak
- Pusat Perkhidmatan Jabatan
- Pusat Pengurusan Pembayaran bantuan dan pemberian Bantuan 
  Segera melalui Tabung Bantuan Segera (TBS)
- Pusat Khidmat Nasihat dan Kaunseling
- Perlaksanaan Program Avokasi Berkaitan Akta akta dan
   Perkhidmatan Jabatan serta Pameran
- Pusat Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
- Unit Operasi Bencana- berfungsi sebagai pejabat operasi    
  bagi pengurusan pusat pemindahan, pendaftaran mangsa bencana,  
  pemberian bantuan makanan dan keperluan lain serta perkhidmatan
  kaunseling kepada mangsa yang memerlukan
- Pusat Rujukan yang melibatkan agensi lain di bawah Kementerian
  Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), lain-  
lain agensi dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan. 

TATACARA PERLAKSANAAN UNIT KHIDMAT PENYAYANG

Penggunaan kenderaan UKP untuk program di peringkat negeri dan daerah perlu melalui Pagawai Penyelaras Pembangunan Komuniti (PK) Negeri untuk tujuan penyelarasan Jadual Pergerakan UKP.

a.   Pasukan Petugas
      pasukan Petugas UKP terdiri daripada:
      i.   Ketua Pasukan
           Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (Gred S27 ke atas)  
      ii.  Petugas
           a.  Pembantu Kebajikan Masyarakat
           b.  Pegawai Kaunselor
           c.  Sukarelawan (jika perlu)
           d.  Pembantu tadbir (jika kakitangan tidak mencukupi)
           e.  Pemandu

      Catatan: Bilangan Pasukan Petugas setiap kali beroperasi 
                   hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang termasuk
                   Ketua Pasukan dan pemandu.

b.    Jadual Bertugas
      Jadual bertugas UKP ditentukan oleh Pegawai Kebajikan 
      Masyarakat Bahagian (PKMB) / Daerah (PKMD) mengikut 
      ketetapan berikut:
       i.   Pasukan Petugas UKP sekurang-kurangnya 3 orang
       ii.  Semua Pegawai dan Pembantu Kebajikan Masyarakat 
           ditugaskan bergilir-gilir mengikut kesesuaian.  
          
          
      Catatan : PKMB / PKMD boleh jika perlu melibatkan Sukarelawan
                    Kebajikan dalam Program UKP.

c.    Jadual Pergerakan
      Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah bersama 
      dengan Pegawai Penyelaras PK Negeri mengatur pergerakan 
      UKP berdasarkan ketetapan berikut:

       i. Mengambil kira semua kawasan Parlimen/DUN/
          mukim / kawasan mengikut kesesuaian sebuah daerah

       ii. Jadual pergerakan UKP mestilah mengikut perancangan yang
          telah dijadualkan dan hendaklah secara tetap bagi  
          sesebuah lokasi.

Pergerakan UKP boleh di atur atas pemohonan komuniti setempat atau pemimpin tempatan bagi program yang bersesuaian.

Sebarang perubahan kepada Jadual Pergerakan perlu dimaklumkan segera kepada semua pihak yang  terlibat (Komuniti, Pemimpin Tempatan, Pasukan Petugas, Penyelaras PK Negeri)

d. Pakaian Pasukan Petugas 
   Setiap Petugas UKP perlu memakai vest Jabatan Kebajikan 
   Masyarakat semasa bertugas.
     
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS
PEMBANGUNAN KOMUNITI NEGERI

Pegawai Penyelaras PK Negeri (Gred S41 / S32) bertanggungjawab:

a. Merancang dan menyelaras pergerakan UKP bersama Pegawai 
    Penyelaras PK Daerah
b. Menyediakan Jadual Pergerakan UKP peringkat negeri setiap enam 
    (6) bulan sekali
c. Menyediakan Laporan Pergerakan dan Program UKP di peringkat 
    negeri setiap tiga (3) bulan sekali
d. Menyediakan Laporan Statistik Bulanan UKP Negeri setiap bulan
e. Menguruskan penyelenggaraan kenderaan UKP secara berkala
f.  Menyediakan Senarai Inventori bagi setiap kenderaan UKP dan
g. Menjalankan pemantauan pelaksanaan program dan aktiviti UKP

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS PEMBANGUNAN KOMUNITI (PK) BAHAGIAN / DAERAH

Pegawai Penyelaras PK Bahagian / Daerah (Gred S32 / S27) bertanggungjawab:

a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras PK Negeri dalam
    menyediakan Jadual Pergerakan UKP setiap enam (6) bulan sekali 
b. Menyediakan Laporan Pergerakan dan Program UKP di peringkat 
    daerah / bahagian setiap tiga (3) bulan sekali
c. Menyediakan laporan Statistik Bulanan UKP di peringkat Bahagian/ 
    Daerah setiap bulan
d. Melaporkan masalah yang wujud dalam pelaksanaan program dan 
    aktiviti kepada PKMB / PKMD dan Penyelaras PK Negeri.
e. Melaporkan kerosakan kenderaan UKP kepada PKMD dan Penyelaras
    PK Negeri
f. Membantu PKMD merancang dan melaksana program dan aktiviti 
   melibatkan multisektor

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN UKP

a.   Ketua Pasukan Petugas UKP

Ketua Pasukan Petugas UKp (Gred S27 ke atas) bertanggungjawab:

a. Memastikan  keadaan kenderaan UKP dalam keadaan baik dan
    bersih sebelum dan selepas bertugas
b. Memastikan semua kelengkapan dan peralatan (senarai Inventori)
    UKP berada dalam keadaan baik dan lengkap
c. Memastikan kehadiran petugas mengikut jadual bertugas yang
   telah ditetapkan.Sekiranya ada petugas yang tidak hadir, perlu
   mencari pegawai ganti
d. Memberi taklimat kepada Pasukan Petugas sebelum memulakan
   operasi UKP
e. Menyelia dan turut serta bertugas dengan Pasukan Petugas
f. Mendaftar permohonan di dalam Buku Daftar UKP
g. Memastikan siasatan ke rumah dijalankan oleh petugas sekiranya
    pemohon tinggal berdekatan dengan lokasi operasi UKP
h.  Menguruskan pemberian bantuan melalui Tabung Bantuan Segera
i.  Memastikan pemandu turut membantu dalam menerima dan
   melayan klien
 j. Memastikan Buku Log Kenderaan dikemaskini oleh Pemandu UKP
   yang bertugas
k. Melaporkan kepada PKMD selepas selesai bertugas mengikut
   format Laporan Aktiviti Harian UKP
l.  Membuat semakan dan mengesahkan Buku Log Kenderaan, Inden
   minyak 
dan kad Touch & Go 
m. Menyerahkan Buku Daftar Kes yang dilayan melalui UKP kepada
    Pembantu Tadbir di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk    
    pendaftaran kes mengikut jenis permohonan. 
 
b.  Pasukan Petugas UKP

Pasukan Petugas UKP bertanggungjawab:

a.  Melayan dan membantu kes / klien
b.  Menjalankan siasatan dengan menggunakan Borang JKM sekiranya
     pemohon tinggal berdekatan dengan tempat operasi UKP
c.  Memastikan tempat bertugas dalam keadaan bersih dan kemas 
     sepanjang masa
d.  Merujuk kepada Ketua Pasukan Petugas UKP sekiranya perlu
e.  Mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan  dari semasa ke
    semasa oleh Ketua Pasukan Petugas UKP

Pemandu bertanggungjawab

a. Menjalankan pemeriksaan kenderaan UKP bagi meamstikan
    kenderaan dalam keadaan baik sebelum dan selepas bertugas
b. Melaporkan segera kepada Pegawai Penyelaras PK Bahagian
    sekiranya kenderaan UKP mengalami kerosakan atau terlibat dalam
    kemalangan
c. Memastikan kenderaan disenggara mengikut tatacara yang
   ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 tahun
   2007-Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
d. Menyenggara Buku Log Kenderaan UKP setiap kali bertugas
e. Melayan dan membantu klien yang memohon perkhidmatan
    melalui UKP
f.  Membersihkan kenderaan
g. Membuat laporan Polis dalam tempoh 24 jam apabila berlaku 
    kemalangan      
h. Mematuhi arahan dan epraturan yang ditetapkan dari semasa ke
   semasa oleh Ketua Pasukan Petugas UKP.

PEMANTAUAN UNIT KHIDMAT PENYAYANG

Pemantauan UKP dilaksanakan oleh Bahagian PK Ibu Pejabat JKM

Pemantauan dibuat melalui tiga (3) kaedah:

a. Jadual Pergerakan UKP - Borang JKM.UKP 1/09
b.  Laporan Pergerakan dan Program UKP - Borang JKM.UKP 2/09
c.  Laporan Statistik Bulanan Kes Yang Dilayan melalui UKP-Borang
    JKM.UKP 3/09

CATATAN
Maklum balas berkaitan status kes UKP yang dirujuk ke Bahagian lain hendaklah dilaporkan kepada Penyelaras UKP Daerah Jajahan / Bahagian untuk tujuan rekod dan penyediaan Laporan Statistik Bulanan UKP

Jadual Pergerakan UKP perlu disediakan enam (6) bulan sekali, Laporan Pergerakan dan Program UKP perlu disediakan setiap suku tahun (3 bulan ) sekali dan Laporan Statistik Bulanan UKP perlu disediakan setiap bulan.tarikh penghantaran yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh Penghantaran bagi Jadual Pergerakan UKP:

Laporan

Tarikh Hantar

Setengah Tahun Pertama

(Jan - Jun)

15 Disember tahun sebelumnya

Setengah Tahun Kedua

(Julai – Disember)

15 Jun tahun semasa


Tarikh Penghantaran bagi Laporan Pergerakan dan Program UKP:

Laporan

Tarikh Hantar

Suku Tahun Pertama

(Jan - Mac)

15 April

Suku Tahun Kedua

(April – Jun)

15 Julai

Suku Tahun Ketiga

(Julai - September)

15 Oktober

Suku Tahun Keempat

(Oktober – Disember)

15 Januari tahun berikutnya

Tarikh Penghantaran laporan Statistik:

Laporan

Tarikh Hantar

Laporan Statistik Bulanan UKP

Setiap 7 haribulan pada berikutnya