picture

 

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman


RUMAH KANAK-KANAK DATUK AJIBAH ABOL

 KM5 Jalan Sabu, 95000 Sri Aman Sarawak

No. Tel. : 083-323602

No. Faks : 083-324042

 

Pengetua : Puan Nurul Aimidiana Binti Oton

LATAR BELAKANG

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah siap dibina pad April 1993 di atas tapak tanah seluas 8.64 ekar. Ia dinamakan sedemikian bagi memberi penghormatan kepada bekas Menteri Kebajikan Am yang pertama YB Datuk Adibah Abol. Pembukaan rasminya dibuat pada 29 September 1993 oleh YABhg. Datuk Patinggi Hajah Rosmiati, D.P, S.P.M.B. (Brunei), isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak.

Rumah Kanak-Kanak yang terletak di KM 5, Jalan Sabu, Sri Aman ini mempunyai sebuah Blok Pentadbiran, sebuah Dewan Serbaguna, sebuah dapur, sebuah surau, sebuah bilik aktiviti, sebuah kelas, sebuah Blok Bilik Rawatan, sebuah blok untuk Latihan Vokasional, 4 Blok Asrama lelaki dan perempuan berkembar dengan Blok Pembantu Am Rendah. Sebuah Blok Pembantu Am Rendah telah dikhaskan untuk Bilik Bayi.

Rumah ini boleh menempatkan seramai 100 orang kanak-kanak. Manakala setiap Blok Asrama pula boleh memuatkan seramai 25 orang kanak-kanak.

OBJEKTIF

Objektif Rumah ini adalah untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat (Fizikal, Mental, Emosi) di dalam suasana persekitaran yagn tenteram dan harmoni.

PROSES KEMASUKAN

Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak ini adalah melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau secara sukarela memohon melalui borang JKM/KK/1/93 yang boleh didapati di Semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian dan Daerah.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Jagaan Dan Perlindungan
    Rumah ini berfungsi sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaannya. Penekanan diberi terhadap jagaan yang sempurna supaya menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang sama ada dari segi jasmani dan rohani.
  • Kaunseling
    Aktiviti ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi.

  • Pelajaran
    Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur persekolahan diwajibkan dihantar ke sekolah agar berpeluang mendapat pelajaran akademik. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun, kurikulum akan diadakan 5 hari seminggu.

  • Latihan Vokasional
    Memberi latihan kemahiran asas dengan mengambil guru-guru sambilan bagi mengajar kelas-kelas masakan, jahitan dan pertukangan tangan.

  • Didikan Agama Dan Akhlak
    Kelas agama dan didikan moral akan diadakan mengikut keperluan agama masing-masing. Ini bertujuan menjamin keseimbangan pertumbuhan jasmani dan rohani

  • Riadah
    Kanak-Kanak digalakkan untuk
    turut serta dalam semua aktiviti riadah di luar dan dalam institusi supaya sentiasa sihat dan cergas.Mereka juga berpeluang menyertai pertandingan olahraga dan sukandi dalam institusi ataupun dengan institusi-institusi lain.Mereka juga digalakkan menjadi ahli kelab-kelab pakaian seragam.Berkelah dan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah akan juga dianjurkan bagi kanak-kanak di institusi.

  • Rawatan Dan Kesihatan
    Semua kanak-kanak dalam penjagaan akan diberi khidmat perubatan dan kesihatan yang rapi