Sekolah Tunas Bakti Kuching (STBKu)
SEKOLAH TUNAS BAKTI KUCHING
KM2 Jalan Datuk Mohamed Musa
93400 Kota Samarahan.
No. Telefon: 082-612173/626681
No.Faks : 082-616473
Pengetua : Encik Abu Bakar Bin Bujang (082-626691)
TUJUAN
- Untuk memulihkan anggota masyarakat yang rosak akhlak agar mereka dapat menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat.
- Untuk menempatkan belia-belia yang tidak terkawal dan yang memerlukan penjagaan dan perlindungan.
PENERANGAN AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikuti pembekalan undang-undang dan peraturan-peraturan yang diluluskan seperti berikut
- Akta Kanak-Kanak 2001
- Peraturan Sekolah-Sekolah yang diluluskan 1981
KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun yang tidak terkawal, yang memerlukan perlindungan dan pemulihan.
TEMPOH PEMULIHAN
Untuk suatu tempoh maksima selama tiga tahun.
PERKHIDMATAN DALAM INSTITUSI PENJAGAAN & PERLINDUNGAN
- tempat tinggal
- keperluan harian
- makanan
- rawatan perubatan
- pakaian Kaunseling dan Bimbingan
- kaunseling
- kerja kes dan kaunseling
- perbincangan kes kelompok
- perkhidmatan komuniti
PENDIDIKAN
- Pendidikan formal dalam Bahasa Malayasia dan Bahasa Inggeris (di dalam Institusi dan di luar Institusi)
- Pendidikan Akhlak dan Ugama (Ugama Islam, Ugama Kristian, Ugama Buddha).
LATIHAN VOKASIONAL DALAM INSTITUSI
- Pertukangan Kayu
- Kimpalan
- Pertanian
- Jahitan
- Gunting Rambut
- Memasak
PERKHIDMATAN LUAR INSTITUSI
Latihan sambil bekerja di luar Institusi dalam berbagai kemahiran juga disediakan terutamanya mekanik motor dan kimpalan.
- Aktiviti Sukan dan Rekreasi:
- Bolasepak
- Bola Tampar
- Badminton
- Catur
- Sepaktakraw
- Bola keranjang
- Table Tenis
- Karom dan lain-lain
KEISTIMEWAAN
- Cuti balik ke kampung
- Cuti kecemasan
- Wang saku
- Perkelahan
- Bebas berlesen
LEMBAGA PELAWAT
Sekolah Tunas Bakti Kuching mempunyai sebuah Lembaga Pelawat yang bertanggungjawab bagi:
- Menjamin perjalanan urusan institusi yang licin dan cekap.
- Membantu dalam rancangan rawatan dan pemulihan keseluruhannya.
- Mengkaji semula dari masa ke semasa mengenai kemajuan kanak-kanak.
- Membebaskan kanak-kanak di bawah penyeliaan lesen.
Penyeliaan Lesen dan Lanjutan
Kanak-kanak boleh dibebaskan dari Sekolah Tunas Bakti Kuching di bawah penyeliaan lesen oleh Lembaga Pelawat sebelum tamat tempoh tahanan. Dalam tempoh tersebut, mereka diletakkan di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di Bahagian masing-masing.