PERKHIDMATAN TASKA

 

PERKHIDMATAN TASKA


PENERANGAN AM


AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan ke atas taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan. 


DEFINISI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.


DEFINISI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR 

“taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7. 

Di bawah Subseksyen 6(1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Subseksyen 6(2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda tidak melebihi dua ribu ringgit.


KATEGORI TASKA
 

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan empat (4) kategori TASKA hendaklah diadakan seperti berikut:
 

  1. taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh (10) orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7;
 
  1. taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh (10) orang atau lebih kanak-kanak;
 
  1. taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh (10) orang atau lebih kanak-kanak di suatu Kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan
 
  1. taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b), dan (c) yang menerima masuk sepuluh (10) orang atau lebih kanak-kanak.


PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)


BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA 
(Borang A Jadual Pertama, Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012)
 

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990. 

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.
 

PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN, JURULATIH DAN FASILITATOR KURSUS ASUHAN PERMATA
 

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan. 
 

FI KURSUS ASUHAN PERMATA
 

Fi Kursus Asuhan PERMATA ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 137 jam @ 23 hari sepenuh masa dan lebih kurang 4 bulan untuk mereka mengikuti  kursus tersebut pada hari hujung minggu.  Pada masa ini JKM ada menyediakan sebanyak RM500.00 seorang bertujuan untuk menggalak dan mengurangkan beban fi Kursus Asuhan PERMATA. Insentif ini disalurkan terus kepada Agensi Latihan Diiktiraf oleh JKM. Peserta Kursus Asuhan PERMATA boleh membeli Modul Kursus Asuhan PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus. 


SENARAI AGENSI LATIHAN KAP YANG DIIKTIRAF DI SARAWAK
 

BIL. NAMA & ALAMAT AGENSI PENGERUSI NOMBOR DIHUBUNGI
1
PERSATUAN PENGASUH KANAK-KANAK BERDAFTAR SARAWAK (PPBS)
Block B Level 2, Canaan Square, Jalan Stutong Baru, 93350 Kuching, Sarawak.
Puan Ng Lee Boon 0198161658
2
PERSATUAN PENGASUH DAN PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK SARAWAK (3PAKS)
TASKA Intan, No. 69, Lot 5717, Taman Hamimas, Jln. Tun Haji Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Puan Hjh Juiter Abang 019-857 0895
3 YAHOS SDN. BHD.
YAHOS SCHOOL OF SKILLS (L01520)CM 206, Tingkat 1, Batu Kawah Newtownship, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak.
Puan Natasha Nasa Anak Douglas Unggah 082-454111
4 A.G. TRAINING CENTRE OF EXCELLENCE
Lot 903, Jalan Acacia 2A, Shang Garden, 98000 Miri
Sarawak.
Puan Angela Goh 013-830 0903
5 KOLEJ SIDMA SARAWAK
Wisma Mornie, No.1, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak.
- 082-413811

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)