Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

 

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)


KADAR

Minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut: 
 
  1. RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;
     
  2. RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga di bawah 18 tahun.
 
 
TUJUAN
 
  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya;
     
  2. Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak.
 
 
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
 
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
     
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
     
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
     
  4. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
     
  5. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
     
  6. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; 
     
  7. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
 
 
NOTA
 
  1. Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran;
     
  2. Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.
 

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
 
  1. Salinan MyKad pemohon;
     
  2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
     
  3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
     
  4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
     
  5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
     
  6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
     
  7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini;
     
  8. Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah:
    • Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/ bapa/ penjaga;
    • Bagi kes ibu/ bapa/ penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga warganegara.
    • Bagi ibu/ bapa/ penjaga muflis/ OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga yang tidak muflis/ OKU Mental; dan
       
  9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).