Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut:
Minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut:
- RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
- RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga di bawah 18 tahun.
TUJUAN
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
- Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
- Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK;
- Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
NOTA
- Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran.
- Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini;
- Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah:
- Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/ bapa/ penjaga;
- Bagi kes ibu/ bapa/ penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga warganegara.
- Bagi ibu/ bapa/ penjaga muflis/ OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga yang tidak muflis/ OKU Mental; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
