Badan Pendamai
Badan Pendamai
“Badan Pendamai” ertinya satu badan pendapai yang diwujudkan oleh Jabatan
-
memberikan perkhidmatan khidmat nasihat atau kaunseling
-
mengenalpasti kaedah pemulihan atau jenis terapi yang sesuai kepada pihak-pihak yang dirujuk kepadanya oleh mahkamah di bawah Akta
-
membuat syor kepada Mahkamah mengenai kaedah pemulihan atau jenis terapi yang sesuai yang perlu dituruti oleh pihak-pihak yang terlibat dalam keganasan rumahtangga
-
“Akta” ertinya Akta Kehanasan Rumahtangga 1994
-
“Jabatan” ertinya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
-
“Kaunselor” mempunyai erti yang sama dalam Akta Kaunselor 1998 dan termasuklah mana-mana kaunselor, pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi yang menjalankan tugas sebagai kaunselor di dalam perkhidmatan awam
Anggota Badan Pendamai Maksud Menjalankan Tugas
-
Seseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat hendak menjadi pengerusi
-
Seseorang kaunselor
-
Tidak kurang daripada tiga orang aggota dan tidak lebih daripada lima orang anggota yang mana hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang perempuan atau dua orang lelaki
Anggota Yang Dilantik hendaklah
-
Mempunyai pengalaman, pengetahuan atau kepakaran yang sesuai dalam mana-mana isu kebajikan dan kesejahteraan keluarga,teruama perkara-perkara yang berkaitan dengan
- hubungan semasa anggota keluarga
- permasalahan dan penyelesaian masalah dalam rumahtangga
- perkahwinan
- keganasan rumahtangga
- gender
-
Tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan fizikal, seksual atau jenayah berat
-
Tidak mempunyai apa-apa pertalian kekeluargaan atau lain-lain hubungan peribadi dengan pihak-pihak yang dirujuk kepada Badan Pendamai itu oleh mahkamah
Tempoh Pelantikan Seorang Anggota
-
Hendaklah tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dipertimbangkan untuk dilantik semula
-
Tempoh lantikan semula itu hendaklah tidak melebihi dua penggal berturut-turut dengan syarat
- umur bekas anggota hendak dilantik semula itu tidak melebihi enam puluh lima tahun
- bekas anggota yang hendak dilantik semula itu tidak menghidapi apa-apa penyakit yang boleh
mengganggu tugasnya sebagai anggota badan pendamai
Tanggungjawab Badan Pendamai
Setiap badan adalah bertanggungjawab untuk
-
memeberikan penerangan sewajarnya kepada pihak-pihak yang dirujuk mengenai fungsi yang dimainkannya dan proses yang terlibat
-
memberi khidmat nasihat dan kaunseling
-
mengenalpasti kaedah pemulihan atau jenis terapi yang perlu dijalankan
-
memberi syor mengenai kaedah pemulihan atau jenis terapi yang perlu dijalankan
-
menyediakan laporan berkaitan kepada mahkamah
Tanggungjawab Am Badan Pendamai
-
badan pendamai adalah berkuasa untuk mengadakan apa-apa mesyuarat atau perbincangan tanpa kehadiran pihak-pihak yang dirujuk bagi
- mendapatkan apa-apa keputusan mengenai laporan atau syor kepada masyarakat
- menetapkan atau mengenalpasti apa-apa kaedah pemulihan atau jenis terapi yang perlu dijalankan.
Tanggungjawab Khas Badan Pendamai
-
Badan Pendamai hendaklanh sentiasa
- mengutamakan kerahsiaan berhubung dengan persidangan kes yang
dijalankan- menjalankan persidangan kes berdasarkan kepda kepentingan bersama pihak-pihak yang dirujuk
- menjalankan persidangan kes tanpa prejudis atau apa-apa niat “mala fide” atau tanpa apa-apa
kepentingan peribadi
- bersikap terbuka dan menerima seadanya pihak-pihak yang dirujuk
- menjalankan persidangan kes dengan penuh beretika