Organisasi Komuniti
ORGANISASI KOMUNITI
PENGENALAN
Program Organisasi Komuniti merupakan satu jenis kerja sosial yang didapati sesuai digunakan untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan.Program ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosio ekonomi yang dialami.
Tujuan Perlaksanaan
-
Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.
-
Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti
-
Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari
Objektif Program
-
Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti
-
Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat
-
Menggalakkan penglibatan scara demokrasi
-
Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”
-
Mewujudkan masyarakat penyayang
-
Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya
Jenis-Jenis Program Organisasi Komuniti
-
Program Ekonomi
-
Program Pendidikan Sosial
-
Program Latihan Kemahiran
-
Program Khidmat Masyarakat
-
Program Pendidikan Kerohanian
Kumpulan Sasar
-
Klien Jabatan
-
Bekas Pelatih atau penghuni institusi jabatan