Permohonan Bantuan
KRITERIA KELAYAKAN AM / ASAS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM990.00 sebulan bagi Bantuan Negeri manakala Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM1,169.00 bagi Bantuan Persekutuan.
3. Golongan berkeperluan dan tidak berkemampuan.
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN
Tempoh Proses Permohonan : 30 hari
CARA PERMOHONAN
1. Sila berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
2. Permohonan melalui surat dan/atau mengisi JKMS/1/2010 (Pindaan 1/2024)
Catatan : Kelulusan bantuan adalah tertakluk kepada siasatan dan keadaan sesuatu kes