Jenis-Jenis Bantuan Dan Syarat Asas Kelayakan

 

Jenis-Jenis Bantuan dan Syarat Asas Kelayakan


BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK

 

 

BANTUAN BULANAN

1. BANTUAN AM NEGERI (BA)

  • Individu / keluarga miskin
  • Klien yang tidak sesuai di bawah mana-mana skim bantuan yang lain
  • Kadar RM200.00 – RM300.00 sebulan

 

2. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (atau jika bersekolah sehingga tamat menengah atas)
  • Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan
  • Kadar RM150.00 - RM1,000.00 sebulan

 

3. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup
  • Sebatang kara atau mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
  • Warga emas yang bukan tinggal di :

a. Institusi kendalian JKM

b. Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

  • Kadar RM500.00 sebulan

 

4. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1,500.00 ke bawah (tidak termasuk pendapatan tinggal bersama)
  • Warga emas yang bukan tinggal di :

c. Institusi kendalian JKM

d. Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

  • RM450.00 sebulan

 

5. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor – faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes meragukan
  • Pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen, PERKESO dan lain-lain
  • Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan kerajaan dan NGO
  • Kadar RM300.00 sebulan

 

6. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR / PESAKIT KRONIK (BPT)

  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
  • Kadar RM500.00 sebulan

 

7. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dan tidak mempunyai ibubapa
  • Kanak-kanak tinggal bersama keluarga ganti
  • Kanak-kanak dan bukan diambil sebagai anak angkat
  • Kanak-kanak melalui perintah mahkamah atau diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  • Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan
  • Kadar RM250.00 – RM500.00 sebulan

 

8. BANTUAN BELIA BELIAWANIS (BBB)

  • Belia-beliawanis dari keluarga miskin yang tercicir dari persekolahan dan juga penganggur
  • Belia-beliawanis Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Kadar RM200.00 sebulan

 

BANTUAN SEKALIGUS

1. BANTUAN SEKOLAH

  • Kanak-kanak di bawah 18 tahun ke bawah
  • Kadar :

a. Maksimum RM500.00

b. Kadar sebenar (kemasukan ke IPTA)

 

2. BANTUAN PENGANGKUTAN JENAZAH

  • Kadar RM100.00
 

3. BANTUAN KES TERKANDAS / TERDAMPAR

  • Tambang pengangkutan (kadar sebenar)
  • Makan RM5.00 seorang / sehari

 

4. BANTUAN BEKAS PESAKIT

  • Tambang pengangkutan (kadar sebenar)
  • Elaun menunggu RM5 sehari (maksimum 10 hari)
 

5. TABUNG BANTUAN SEGERA (TBS)

  • Kes terdampar
  • Bantuan serta merta
  • Bantuan segera melalui aktiviti / program pendampingan sosial
  • Bayaran pertama bagi bantuan bulanan
  • Mangsa bencana kecil
  • Maksimum RM300.00

 

6. BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS (BSBB)

  • Kematian / hilang upaya kekal
  • Maksimum RM20,000.00

 

7. BANTUAN ALAT ORTOPEDIK / ALAT SOKONGAN

  • Kadar sebenar

 

 

SYARAT-SYARAT ASAS KELAYAKAN

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM990.00 sebulan bagi Bantuan Negeri manakala Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM1,169.00 bagi Bantuan Persekutuan.
  3. Golongan berkeperluan dan tidak berkemampuan.