News

 

Majlis Penyampaian Insentif kepada Para Atlet Kontinjen Negeri Sarawak Ke Kejohanan Paralimpiad kebangsaan ke-15 Tahun 2010

Posted on 30 Dec 2010
30 Disember 2010, Khamis,  Majlis Penyampaian Insentif kepada Kontinjen Paralimpiad Negeri Sarawak telah diadakan di Hotel Magherita bagi meraikan kejayan yang telah diperolehi sepanjang kejohanan yang berlangsung di Negeri Melaka. Sepanjang Kejohanan Paralimpiad Kebangsaan yang ke-15  Kontinjen Sarawak telah berjaya memperolehi, Pingat Emas sebanyak 68 pingat, Pingat Perak sebanyak   91   pingat   dan Gangsa 74 Pingat.   Picture

Kontinjen Sarawak juga telah dianugerahi Piala Jaguh Negeri kerana telah memenangi pingat emas paling banyak semasa kejohanan dan juga telah dianugerahi Piala Semangat OKU kerana telah berjaya memenangi pingat paling banyak keseluruhan iaitu 233 Pingat.

Majlis penyampaian Insentif ini telah disampaikan oleh Y.B Dr.Abdul Rahman B.Junaidi. Turut hadir bersama semasa majlis tersebut ialah , Tuan Haji Soedirman b.Haji Aini, Setia Usaha Tetap Kementerian, En.Salihin Kachon, Pengarah Jabatan Belia & Sukan dan En.Joni b.Nuruddin, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.