News

 

Majlis Makan Malam bersama kakitangan Jabatan JKMNS

Posted on 22 Dec 2010


 Picture   Pada 22 Disember 2010, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Kakitangan JKMNS yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Wisma Kebajikan, Kuching Sarawak. Seramai 250 orang yang hadir di majlis tersebut dimana ianya terdiri daripada kakitangan jabatan dan juga ahli keluarga kakitangan jabatan. 

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada majlis malam tersebut. Antaranya ialah permainan khas untuk kanak-kanak, tari-menari, karaoke dan cabutan bertuah. Selain itu, Dr Shafiee Lugom, telah dijemput memberikan ceramah yang bertajuk “ Keluarga Bahagia”. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Cik Kendy Edward yang telah meluangkan masa bersama-sama kakitangan JKMNS bagi menjayakan majlis itu”.

Objektif Majlis Makan Malam Bersama Kakitangan JKMNS ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan JKMNS agar lebih mengenali antara satu sama lain supaya menjadi sebuah organisasi yang berkualiti.