News

 

Taklimat Prosedur Tetap Operasi Pusat Jagaan Sinar Kasih

Posted on 13 Dec 2010

Pada 13 Disember 2010, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah mengadakan Taklimat Prosedur Tetap Operasi (SOP) Pusat Jagaan Sinar Kasih yang telah berlangsung di Auditorium, Pusat Latihan Sarawak bagi peringkat Negeri Sarawak.

Seramai 151 orang peserta telah menghadiri taklimat ini iaitu terdiri daripada kakitangan Taman Seri Puteri (TSP) Kuching, Pegawai dan Penolong Pegawai Kebajikan Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi maklumat dan penjelasan berkenaan prosedur tetap Operasi (SOP) yang digunapakai dalam perkhidmatan Pusat Jagaan Sinar Kasih dan  mampu mengumpul maklumbalas atau padangan mengenai pelaksanaan SOP berkenaan dari segi kesesuaian dan implikasinya terhadap praktis kerja dan penyampaian perkhidmatan jabatan sedia ada. 
 Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah mengadakan lawatan ke lokasi Pusat Sinar Kasih, Telaga Air Kuching.