News

 

PERASMIAN POSKOM DAN PELANCARAN LOGO PROGRAM OUTREACH: SANTUNI KOMUNITI SARAWAK

Posted on 03 Jul 2024
Source of News: .
9 JUN 2024 | AHAD | OYA SQUARE

Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah merasmikan POSKOM dan melancarkan logonya dalam Perasmian POSKOM dan Pelancaran Logo Program Outreach: Santuni Komuniti (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah.

“Proses ini akan melibatkan penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada kakitangan serta pelaksanaan program sedia ada dengan strategi yang lebih komprehensif untuk mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Mukah merupakan tempat ketujuh berlangsungnya program khas yang dinamakan POSKOM ini. Ia merupakan program baharu oleh JKMS yang membantu orang yang memerlukannya, dan ia akan berlaku di semua kawasan.