<< SENARAI ATURCARA

Utamakan Pendidikan Dan Latihan Kemahiran Kepada Pelatih PPDK / 2022

Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan dan peluang pekerjaan merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti semasa lawatan kerja beliau ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sinar Kasih Tatau hari ini. Oleh sebab itu, keperluan dan latihan yang diberikan kepada mereka haruslah mengikut standard yang telah ditetapkan. Kerajaan juga akan sentiasa membantu dalam apa jua usaha dalam mempertingkatkan kompentensi mereka. Hadir bersama mengiringi beliau semasa lawatan ini adalah Pengarah JKMS iaitu YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad, Penaung PPDK Sinar Kasih Tatau iaitu YBhg Datin Melia  Gelen, YBrs Puan Long Jok iaitu Pengerusi PPDK Sinar Kasih Tatau dan Puan Sharifah Mordiah Binti Syed Ali iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.

Tarikh: 29 Jan 2022
Tempat: Bahagian Bintulu