<< SENARAI ATURCARA

Sejambak Kasih CNY Sibu / 2022

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti iaitu YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah meneruskan program beliau dengan merasmikan Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2022 di Dewan Kompleks Islam Sibu. Dalam majlis ini, beliau menyampaikan hamper dan 'Ang Pow' kepada 55 orang penerima Bantuan Kewangan Bulanan yang hadir dan menyambut perayaan ini. Menurut beliau, ini akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka dalam mendapatkan keperluan harian mereka. Turut hadir bersama adalah YB Encik Mohammad Razi Bin Sitam iaitu Menteri Muda II Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti), YB Encik Micheal Tiang Ming Tee iaitu Menteri Muda II Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan), YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan YBhg Dato Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

Tarikh: 28 Jan 2022
Tempat: Bahagian Sibu
Penganjur: JKMS