<< SENARAI ATURCARA

TTG Sibu Pertama Beroperasi Di Sarawak / 2022

Menyediakan khidmat bersepadu bagi saringan kesihatan fizikal, mental, emosi dan ujian pengesanan penggunaan substans merupakan salah satu fungsi TTG yang ditubuhkan. Selain daripada itu, ianya juga berfungsi sebagai kemudahan transit bagi gelandangan dan menyediakan perkhidmatan kepada agensi yang berkaitan bantuan yang diperlukan oleh gelandangan. Perkara ini dinyatakan oleh YB Dato Sri Hjh Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti semasa perasmian Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu. TTG ini merupakan yang pertama telah memulakan operasi di Sarawak. Turut hadir dalam majlis ini adalah menteri-menteri muda KPWK Sarawak, YB Encik Michael Tiang Ming Tee iaitu Menteri Muda II Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Encik Joseph Chieng Jin Ek iaitu ADUN N51 Bukit Assek, Residen Bahagian Sibu, Residen Bahagian Miri, Residen Bahagian Bintulu dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 28 Jan 2022
Tempat: Bahagian Sibu