<< SENARAI ATURCARA

Inisiatif KWKPK & JKMS Bersama Penduduk Di Jepak / 2021

Taklimat Inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) hari ini dilakukan di Kampung Jepak Hulu, Bintulu. Ini adalah peluang bagi penduduk setempat untuk mendapat maklumat yang tepat berkaitan dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Dalam program ini, taklimat daripada KWKPK disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak manakala taklimat seterusnya disampaikan oleh Encik Taddy Ajin yang mewakili Pengarah JKMS. Turut disampaikan pada hari ini adalah Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK), Kenyalang Gold Card (KGC),Bantuan Ihsan Kematian (BIK),Rakan Strategik KGC, Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, Bantuan Kewangan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Bakul Prihatin Negara (BPN) . Turut bersama pada sesi ini adalah Yang Berhormat Datuk Haji Talib Bin Zulpilip iaitu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN N67 Jepak, Yang Berbahagia Datu Mohamad Yakub Kari iaitu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu dan Yang Berusaha Encik Hussaini Hakim iaitu Timbalan Residen Bintulu.

Tarikh: 12 Nov 2021
Tempat: Kpg Jepak, Bintulu
Penganjur: JKMS