Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 26 Jun 2019
Versi 8.2.1
Cawangan Pembangunan EkonomiCawangan Pembangunan Ekonomi

PERKHIDMATAN DI BAWAH PEMBANGUNAN EKONOMI JKMS

CAWANGAN PEMBANGUNAN PROJEK KEUSAHAWANAN

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MIKRO KEBAJIKAN DENGAN MODAL PERMULAAN DI BAWAH GERAN PELANCARAN (GP)

KADAR

Maksimum RM5,000.00 sekaligus.

TUJUAN

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKMS yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan klien ke arah individu yang berkualiti, dapat mengenal dan memperkasakan potensi diri ke arah hidup berdikari.

 KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Kumpulan sasar JKMS

a. Penerima bantuan yang masih produktif

b. Mereka yang berkeperluan & terangkum di dalam penguatkuasaan Akta -   akta, penghuni & bekas penghuni institusi;

3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Pengarah.

 

CAWANGAN PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA

 SKIM PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN & KERJAYA (PLKK)

 PENGENALAN

Kerjasama telah dibuat dengan pelbagai agensi teknikal seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Center of Technical Excellence (CENTEXS), International College of Advanced Technology Sarawak (i-CATS), Amaida Resources, Kolej SATT (Saujana Academy of Hospitality & Tourism) dan sebagainya telah dilaksanakan mulai tahun 2017 sebagai projek rintis.

Sejak dilaksanakan, 143 orang mendapat latihan kemahiran serta On-Job-Training selama tiga (3) sehingga lapan (8) bulan seperti Automotif, Information Technology, Pastri, Kulinari dan Oil & Gas dan seterusnya bekerja selepas tamat latihan. 36 daripada 59 peserta (61%) mendapat pekerjaan pada tahun 2017 dan manakala tahun 2018, 58 daripada 84 peserta (69%) bekerja.

 

TUJUAN

Skim PLKK ini berpotensi besar bagi memastikan klien berdikari dan mendapat pekerjaan. Peluang mereka mendapat pekerjaan adalah sangat tinggi yang akhirnya dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan keluar dari senarai penerima bantuan kebajikan.

 

KADAR

Bantuan kewangan maksima RM15,000.00.

 

SYARAT DAN KELAYAKAN

  1. penerima bantuan kebajikan atau ahli isi rumah (AIR) seperti anak atau cucu penerima bantuan kebajikan atau bekas pelatih institusi kebajikan  
  2. berumur 16 tahun ke atas
  3. boleh membaca, mengira dan menulis serta sihat tubuh badan.
  4. klien yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan atau yang tidak pernah bersekolah.