Warga Emas
Seksyen Warga Emas dan Keluarga bertanggungjawab dalam membanu golongan warga emas yang memerlukan penjagaan dan perlindungan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan yang lebih bermakna dan membanteras pengemis yang masih berkeliaran dan memberi pemulihan melalui program pemulihan di Pusat Pemulihan Pengemis. Kumpulan sasar bagi seksyen ini adalah seperti berikut :
-
Warga Emas
Ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di 'World Assembly On Aging in 1982'.
-
Keluarga
Sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran, emosi dan juga tingkah laku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. -
Orang Papa
Pengemis
Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kekacauan.
Peleser
Seseorang yang dijumpai di sesuatu tempat awam, samada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan keluarga serta ahli-ahlinya yang berkeperluan dan bermasalah
- Memberi perlindungan dan jagaan kepada wargatua yang bermasalah dan bekerperluan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Keluarga
- Melaksanakan Akta Keganasan Rumahtangga 1994
- Menyediakan tempat-tempat perlindungan sementara bagi keluarga yang memerlukan perlindungan daripada keganasan dalam rumahtangga.
- Menyediakan perkhidmatan dan bantuan kaunseling kepada keluarga dan ahli-ahli keluarga yang memerlukan.
- Menyediakan program pemulihan jangkapendek kepada keluarga yang berkeperluan dan kurang bernasib baik.