Seksyen Warga Emas Dan Keluarga
1. Bagaimanakah cara untuk memohon pekerjaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat
/di Rumah Seri Kenangan?
Prosedur yang perlu diikut adalah seperti berikut:
i. Mendaftar di http://www.erecruitment.sarawak.gov.my dan mengisi jawatan yang diminati
jika terdapat kekosongan.
ii. Menyemak mengenai kekosongan jawatan di surat khabar tempatan dan menghantar
maklumat berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan berkaitan.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan warga emas ke Rumah Seri Kenangan?
Permohonan hendaklah dilakukan di Jabatan / Pejabat Kebajikan Masyarakat yang
berdekatan; seperti contoh jika pemohon berada di kawasan kuching, permohonan
hendaklah dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching. Prosedur yang akan
terlibat ialah siasatan terhadap pemohon dan melengkapkan borang permohonan
kemasukan untuk dimajukan ke Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
bagi kelulusan Pengarah selanjutnya.
3. Apakah syarat-syarat kemasukan ke Rumah Seri Kenangan?
Syarat-syarat kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut:
i. Daif dan berumur 60 tahun dan ke atas.
ii. Tidak menghidapi penyakit berjangkit.
iii. Tidak mempunyai saudara mara / sebatang kara.
iv. Sihat dari segi mental dan berupaya mengurus / menjaga diri sendiri.
4. Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan / memberi sumbangan ke Rumah
Seri Kenangan?
Prosedur yang perlu diikut adalah seperti berikut:
i. Mohon kemukakan surat permohonan untuk memberi sumbangan /
bantuan / sedekah dan perlu mempunyai butiran seperti:
- Tarikh lawatan/sumbangan
- Masa lawatan/sumbangan
- Bilangan rombongan yang terlibat
- Jenis sumbangan yang hendak diberikan
- Aktiviti yang ingin diadakan
- Nama pemohon yang akan dihubungi
ii. Surat permohonan dihantar ke alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14
Off Jalan Siol Kanan
93050 Kuching
Sarawak
No. tel: 082-449577
No. faks: 082-445710 / 448741 / 448946
5. Bagaimanakah cara untuk memohon untuk membuat latihan praktikal (bagi
IPTA/IPTS) di Rumah Seri Kenangan?
Prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
i. Kemukakan surat permohonan untuk membuat latihan praktikal (hendaklah melalui Ketua
IPTA/IPTS masing-masing), dan mengandungi butiran-butiran seperti berikut:
- Bidang latihan praktikal yang berkenaan
- Tarikh yang dipohon untuk membuat latihan praktikal
(tarikh mula dan tamat latihan praktikal)
- Nama-nama peserta latihan praktikal yang terlibat
- Nama pegawai yang akan dihubungi
ii. Hantar surat permohonan ke alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14
Off Jalan Siol Kanan
93050 Kuching
Sarawak
No. tel: 082-449577
No. faks: 082-445710 / 448741 / 448946
iii.Jika permohonan diterima, surat balas akan dihantar kepada pemohon beserta borang
latihan praktikal yang perlu diisi oleh peserta. Selepas tamatnya latihan praktikal tersebut,
salinan laporan praktikal dipohon untuk dihantar ke Ibu Pejabat, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, untuk tujuan penambahbaikan dan rekod.
