Soalan Lazim
|
Pembangunan Sosial |
|
Perintah Khidmat Masyarakat |
|
Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
|
|
Bantuan Kebajikan |
| Apakah syarat-syarat kelayakan bagi pemohon bantuan?
Secara umumnya, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah;. tidak mempunyai pendapatan tetap; miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya |
|
Bagaimanakah caranya untuk saya memohon bantuan? Sila buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan |
| Berapakah tempoh sesuatu permohonan itu dapat diluluskan?
Satu (1) bulan dari tempoh penghantaran borang permohonan |
|
Apakah dokumen yang diperlukan untuk suatu permohonan bantuan? Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran, salinan surat beranak, laporan perubatan (jika berkaitan); surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank; |
| Apakah borang yang digunakan untuk sesuatu permohonan?
Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal. Borang ini boleh juga dimuat turun dari laman web ini. Klik sini |
|
Pembangunan Sosial |
|
Bagaimana hendak mendaftar masuk ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)? Pemohon boleh datang ke Pusat-pusat PDK dan berjumpa dengan penyelia / petugas dengan membawa bersama 3 keping gambar berukuran pasport, surat pengesahan dari doktor. |
|
Adakah OKU di PDK mendapat elaun? Ya, pihak jabatan ada menyediakan elaun untuk OKU di PDK. |
| Berapakah jumlah elaun untuk OKU di PDK?
RM 150.00 sebulan. |
| Adakah Pembangunan Sosial menyediakan geran untuk modal perniagaan?
Ya, ada. Tertakluk kepada jenis permohonan projek dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan Pengarah |
|
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon pembaikpulih rumah? Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
|
| Bagaimanakah caranya untuk memasukkan kanak-kanak tidak terkawal (beyond parental control) atau nakal ke Institusi Pemulihan jabatan ini?
Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat/Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:
|
| Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak/ kes pembuangan bayi?
Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut:
|
|
Perintah Khidmat Masyarakat |
|
Siapakah Kumpulan Sasar perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat? Pesalah Muda yang berumur 18 hingga 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah |
|
Apakah Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat?
|
|
Dimanakah Pesalah Muda boleh menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat? Para pesalah muda yang diperintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di institusi bawah kelolaan jabatan |
|
Apakah aktiviti yang boleh dilakukan semasa menjalani Perintah Khidmat Masyarakat? Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian |
|
Perkhidmatan Pemulihan Akhlak |
Apakah Prosedur kemasukan ke Pusat Pemulihan?
|
| Apakah bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Pemulihan?
Kemahiran yang berbentuk bengkel Motor dan Pertanian |
| Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pegawai Akhlak sekiranya kanak-kanak yang telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan lari beberapa kali dari pusat tersebut?
Pegawai Akhlak hendaklah menasihati ibubapa kanak-kanak supaya berbincang dengan pihak Institusi dan memberitahu kesan ke atas kanak-kanak dan ibubapa sekiranya cuba menyembunyikan kanak-kanak tersebut. |
| Apakah perbezaan di antara Asrama Akhlak dengan Sekolah Tunas Bakti?
Asrama Akhlak merupakan satu tempat sebagai percubaan dalam memulihkan akhlak kanak-kanak yang diperintahkan selama 1 tahun manakala Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat yang tetap selama 3 tahun. |
|
Apakah perbezaan di antara Sekolah Tunas Bakti dengan Taman Seri Puteri? Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat Institusi yang menempatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai tingkah laku yang tidak terkawal dan yang telah melakukan kesalahan jenayah. Manakala Taman Seri Puteri merupakan Institusi yang hanya menempatkan remaja perempuan berumur bawah 18 tahun yang lebih cenderung kepada pelacuran |
|
Orang Kurang Upaya & Wargatua |
| Bagaimanakah untuk saya mendaftar sebagai seorang kurang upaya?
Pemohon bolehlah datang ke Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berhampiran untuk mendaftar. Sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir dan 3 keping gambar berukuran pasport serta salinan Kad Pengenalan ibubapa pemohon untuk mengetahui kewarganegaraan pemohon. |
| Bagaimanakah untuk saya memohon Bantuan Elaun Pekerja Cacat?
Pemohon bolehlah datang ke Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berhampiran dengan membawah bersama salinan slip gaji atau surat perlantikan dari majikan untuk memohon. Pastikan pemohon telah berdaftar dengan jabatan ini serta gaji tidak melebihi RM1,200.00 sahaja. |
| Bagaimanakah untuk memohon Bantuan Alat Tiruan/Sokongan?
Pemohon bolehlah datang ke Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berhampiran untuk memohon. Pastikan pemohon telah berdaftar dengan jabatan ini. Sila bawa bersama laporan perubatan dari Pakar Perubatan Kerajaan serta sebutharga alat yang di pohon. |
| Bagaimanakah untuk memohon masuk ke rumah warga tua?
Pemohon bolehlah datang ke Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berhampiran untuk memohon. Pastikan pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan serta telah mencapai umur 60 tahun dan ke atas. |
