Pemberian Geran Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan
Pemberian Bantuan Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
Tujuan pemberian bantuan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam program dan khidmat kebajikan supaya dapat menokok tambah dan menampung perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
Kriteria Kelayakan Bagi Pertimbangan Geran Persekutuan
Pertubuhan Bukan Kerajaan yang layak diberi pertimbangan geran Jabatan
Kebajikan masyarakat adalah seperti berikut:
- Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dibawah Akta
Pertubuhan 1966.
- Pertubuhan bertaraf tempatan.
- Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan
program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pe
mbangunan bagi kumpulan sasar dibawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.
- Pertubuhan atau Organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan
Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Daerah dibawah Pasukan
Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang dibawah Akta-Akta berkaitan
-
Pertubuhan yang telah berdaftar dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi
yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.
Jenis Geran Persekutuan
Geran Pentadbiran
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan peringkat kebangsaan
bagi menampung sebahagian kos pentadbiran.
Pertimbangan geran mengambilkira kos berikut:
-
Emolumen: bagi seorang Pegawai (N3) dan seorang Kerani (N9) di mana
jumlah geran berdasarkan Gred Skim Saraan Baru pada matagaji P1T1 iaitu
RM1160.00 bagi N3 dan RM530.00 bagi N9.
- Sewaan Premis: di mana jumlah geran tidak melebihi RM500.00 sebulan.
- Kos Utiliti: di mana jumlah geran tidak melebihi RM100.00 sebulan.
- Yuran Tabungan: kepada Pertubuhan Antarabangsa.
Geran Penyenggaraan / Rangsum
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang
mengendalikaprogram atau perkhidmatan institusi atau Pusat Jagaan Harian
bagi golongan kanak-kanak yatim dan miskin, warga tua, remaja (juvana),
wanita bermasalah dan orang kurang upaya kecuali Pusat Asuhan Kanak-
kanak.
Kadar geran yang diluluskan oleh Perbendaharaan untuk maksud ini mengikut
kumpulan sasar adalah seperti:
- Rumah Orang Tua: RM8.00 sehari seorang
- Rumah Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Juvana dan Wanita & Gadis:
RM8.00 sehari seorang
- Pusat Jagaan Harian: RM4.00 sehari seorang
Geran Perkapita/Emolumen Guru
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang mengendalikan
Sekolah Kanak-kanak Cacat Akal atau Pusat Jagaan Harian bagi kanak-kanak
cacat akal untuk keperluan perbelanjaan khas.
Geran Perkapita merupakan pemberian tambahan kepada Pertubuhan yang
mengendalikan Sekolah Khas bagi Kanak-kanak Cacat untuk membiayai
keperluan pendidikan khas berdasarkan kadar Bantuan Perkapita oleh
Kementerian Pendidikan bagi Sekolah Khas Rendah Cacat Pendengaran.
Elaun Khas OKU
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang mengendalikan
Sekolah Kanak-Kanak Cacat Akal atau Pusat Jagaan Harian bagi OKU. Elaun
adalah bagi kegunaan OKU yang mendapat latihan dari sekolah atau pusat
tersebut. Kadar adalah sebanyak RM50.00 sebulan seorang.
Geran Bantuan Khas Perbendaharaan
Permohonan bantuan kewangan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan untuk
pembiayaan program atau aktiviti bagi manfaat kumpulan sasar boleh
dipertimbangkan. Syarat dan kriteria Pertubuhan yang layak dan prosedur
untuk memohon hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan Bantuan Khas
Perbendaharaan.
Prosedur bagi pertimbangan geran bagi permohonan baru adalah seperti berikut:-
-
Semua permohonan bagi bantuan geran mestilah menggunakan borang permohonan yang disediakan mengikut jenis geran yang dipohon. Bagi permohonan untuk bantuan geran tahunan, perlu menggunakan Borang Permohonan JKMM/PSK/2007 (Mohon). Permohonan bagi bantuan geran untuk maksud membiayai program atau projek tertentu hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan.
-
Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sempurna dengan disertakan Sijil Pendaftaran Pertubuhan, Perlembagaan Pertubuhan dan Penyata Kira-Kira Beraudit terkini.
-
Semua permohonan hendaklah dimajukan melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang berkaitan kecuali Pertubuhan peringkat kebangsaan.
-
Permohonan yang didapati layak akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian Bantuan Geran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Prosedur pertimbangan geran bagi Pertubuhan yang sudah diluluskan geran tahunan adalah:-
-
Kajisemula keperluan geran hendaklah dibuat setiap tahun di mana Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri perlu membuat siasatan dan melengkapkan Laporan Kemajuan JKMM/PSK/2007(Geran) untuk dikemukakan ke Ibu Pejabat
-
Laporan Kemajuan hendaklah disertakan dengan Penyata Kira-Kita Beraudit terkini dan Sijil Pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 atau salinan Borang PUA 248 yang telah disahkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk tindakan pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi Pertubuhan yang berkaitan.
-
Pertubuhan yang menepati semua keperluan akan di bawa untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian Bantuan Geran bagi pemberian geran tahun seterusnya
-
Urusan pemberian geran bagi pertubuhan yang telah diluluskan geran akan dibuat melalui Pengaran Kebajikan Masyarakat Negeri
Syarat-Syarat Pemberian Geran
Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah dipertimbangkan geran perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-
-
Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/daerah untuk menduduki Majlis Kerja atau Jawatankuasa kerja Pertubuhan sebagai "ex-officio". Peranan wakil Jabatan adalah untuk memberi khidmat nasihat dan menentukan pengurusan pertubuhan secara keseluruhan dari segi perlaksanaan program dan aktiviti, urusan kewangan dan pentadbiran berjalan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan berkaitan yang ditetapkan.
-
Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat lawatan naziran, menyemak rekod-rekod kewangan dan membuat siasatan berdasarkan aduan yang diterima.
Geran Negeri
Geran Negeri akan diperuntukkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang beroperasi di Negeri Sarawak.
Kriteria Kelayakan Bagi Pertimbangan Geran Negeri
Pertubuhan Bukan Kerajaan yang layak diberi pertimbangan geran Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah berikut :
-
Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966
-
Pertubuhan bertaraf tempatan
-
Pertubuhan yang bercorak kebajikan (Welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan
-
Pertubuhan atau Organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan daerah di bawah Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-Akta berkaitan.
-
Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.
Kriteria Penilaian Pemberian Geran Negeri
Berdasarkan kepada tiga aspek:-
-
Perancangan dan Perlaksanaan Aktiviti PSK.Berteraskan
-
Jumlah Penghuni / Ahli / Klien Jabatan yang dilayani
-
Kedudukan dan Prestasi Pengurusan Kewangan Psk (disokong dengan Laporan Kewangan Beraudit)
Cara Memohon Geran Negeri
Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang lengkap iaitu Borang JKMNS/PKM/0100/0002006 (Pind.1/2010). Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.