PENDAHULUAN
Dasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
PERNYATAAN DASAR
DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.
PERNYATAAN MATLAMAT
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.
LATAR BELAKANG
-
1998 - JPPN membincangkan perlunya ada DSN - UPE minta KPNPM menggubal DSN
-
1999 - KPNPM menganjurkan bengkel DSN - Pelantikan Pakarunding PINTAS
-
2002 - Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN - Pasukan Petugas Khas di KPNPM - DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkan kepada JKMMS
OBJEKTIF DSN
Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan
Objektif Khusus
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
- Menjana sinergi multisektor
Objektif 1
MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPENUHI
Merangkumi:-
- Keperluan asas secukupnya
- Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan
- Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
- Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
- Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
- Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa
Objektif 2
MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN INSAN SEPANJANG HAYAT
Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidup
Objektif 3
MEMPERKUKUH DAN MEMBANGUNKAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN PERKHIDMATAN SOSIAL
Memperkukuh dan menambahkan:
- Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan lain-lain di peringkat komuniti
- Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan sosial
Objektif 4
MENJANA SINERGI MULTISEKTOR
Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.
|