Dasar Orang Kurang Upaya
|
PENGENALAN Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari. OBJEKTIF DASAR Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut: 1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU 3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab 4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak STRATEGI Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut: 1. Advokasi
10. Pembangunan Sumber Manusia (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU. (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK. (iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan. 11. Penglibatan Masyarakat (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU. (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin. (iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat. 12. Penyelidikan dan Pembangunan (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan. (ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU. 13. Perumahan (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran. (ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah. 14. Kanak-kanak OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. 15. Wanita OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. PENUTUP Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kuala Lumpur. saksama di bawah undang-undang negara. |
