<< SENARAI ATURCARA

Pantas Dan Cekap Dalam Menyalurkan Bantuan / 2022

Pengurusan Bantuan Bencana merupakan salah satu perkhidmatan penting dibawah tanggungjawab JKMS. Ini adalah kerana, kepantasan dan kecekapan dalam menyalurkan bantuan ini sentiasa menjadi ukuran masyarakat dalam menilai kewibawaan jabatan dalam memberikan bantuan. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sebarang penambahbaikan 'Standard Operation Procedure' Pengurusan Bencana agar ia menepati exspektasi disamping mematuhi segala peraturan yang ada. Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak iaitu YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad semasa bersama menghadiri Bengkel Penambahbaikan Pengurusan Bencana yang diadakan selama 3 hari (14-16 Februari 2022) di Damai Beach Resort. Bengkel ini dihadiri oleh para pegawai daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian dan wakil-wakil agensi yang terlibat di dalam pengurusan bencana.

Tarikh: 16 Feb 2022
Tempat: Kuching
Penganjur: JKMS