<< SENARAI ATURCARA

Amalkan Gaya Hidup Sihat Demi Penuaan Positif / 2022

Warga emas perlu berpandangan positif terhadap diri dan mengamalkan gaya hidup sihat agar terus dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Mereka juga digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ataupun program yang dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas. Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru semasa aktiviti tersebut. Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mengadakan lawatan ke Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tatau yang mana menurut beliau ini adalah salah satu PAWE yang aktif di Sarawak. Turut hadir adalah YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah JKMS dan Pengerusi PAWE Tatau iaitu YBrs Tuan Haji Ahmad Bin Mokhtar.

Tarikh: 29 Jan 2022
Tempat: Bahagian Bintulu