<< SENARAI ATURCARA

TTG Bintulu Akan Diwujudkan Bagi Membantu Golongan Gelandangan / 2022

Bahagian Bintulu bakal mempunyai sebuah Tempat Transit Gelandangan (TTG) bagi memberi perlindungan sementara kepada golongan ini. Pemilihan rekabentuk dan lokasi juga merupakan aspek yang perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan ini. Semasa menghadiri sesi taklimat mengenai projek ini daripada pihak Bintulu Development Authority (BDA), YB Dato Sri Fatimah Abdullah iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti juga berharap banyak pihak NGO akan bekerjasama bagi memastikan pengoperasian pusat ini dapat diuruskan dengan baik. Turut hadir bersama dalam sesi taklimat ini adalah YB Encik Johnny Phang iaitu ADUN N68 Tanjung Batu, YBhg Datu Jack Aman Luat iaitu Residen Bahagian Bintulu, YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah JKMS dan YBrs Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah iaitu Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial KPWK.

Tarikh: 30 Jan 2022
Tempat: Bahagian Bintulu
Penganjur: JKMS