<< SENARAI ATURCARA

Keputusan hendaklah Berdasarkan Kepada Fakta Dan Penilaian Lengkap / 2022

Bekerjasama demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pegawai dan kakitangan. Ini kerana setiap perkara dan keputusan yang dibuat mengenai perkhidmatan yang diberikan hendaklah secara menyeluruh dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu kemanusiaan. Ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Encik Mohamad Razi Sitam iaitu Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) semasa menghadiri sesi Taklimat Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Dalam sesi yang turut dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian dan Ketua Bahagian/ Cawangan ini, beliau berkesempatan berbincang mengenai isu-isu yang melibatkan perkhidmatan jabatan. Bersama semasa sesi ini adalah YBhg Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 3 Feb 2022
Tempat: HQJKMS
Penganjur: JKMS