<< SENARAI ATURCARA

JKMS Sedia Diaturgerak / 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telahpun melakukan persediaan bagi menghadapi musim banjir. Ini adalah berdasarkan ramalan di mana beberapa kawasan di Sarawak akan mengalami hujan lebat. Dengan mengemaskini persiapan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bantuan akan dapat disalurkan dengan kadar yang segera. Langkah ini telah mendapat perhatian daripada YB Datuk Amar Jaul Samion iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak semasa lawatan ke PPS Dewan Masyarakat Stapok dan PPS SM Min Lik. Turut hadir bersama dalam lawatan ini adalah Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan agensi-agensi yang berkaitan dalam pengurusan bencana Negeri Sarawak.

Tarikh: 28 Dis 2021
Tempat: Kuching
Penganjur: JKMS