<< SENARAI ATURCARA

Ekspektasi Masyarakat Jadi Ukuran / 2021

Kejayaan sesuatu perkhidmatan Kerajaan adalah apabila ia telah melepasi ekpektasi rakyat. Ini kerana, masyarakat memerlukan perkhidmatan yang berkualiti dan seterusnya mampu memenuhi keperluan mereka. Ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak iaitu Puan Noriah Binti Haji Ahmad dalam Majlis Hi-Tea Apresiasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Bersama Rakan Strategik. Dalam majlis ini, seramai 55 orang pegawai dan kakitangan JKMS yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan dalam kesempatan ini juga, beliau telah menyerahkan Jaket Oren JKMS kepada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu ADUN N.56 Dalat, YB Datuk Francis Harden Anak Hollis iaitu ADUN N.32 Simanggang dan YB Datuk Hajah Rosey Binti Haji Yunus iaitu ADUN N.71 Bekenu.

Tarikh: 22 Dis 2021
Tempat: Hotel Pullman Kuching
Penganjur: JKMS