<< SENARAI ATURCARA

JKMS Hulurkan Bantuan Segera / 2021

Mangsa yang terlibat dalam kejadian rebut di Taman Puteri, Moyan Batu Kawa menerima bantuan segera yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Pengarah JKMS, Noriah Binti Haji Ahmad berkata, sebanyak 25 buah rumah telah terjejas dan setiap rumah akan menerima bantuan makanan untuk membantu meringankan beban mereka.

Selain daripada itu, pihak JKMS juga akan membuat tafsiran kerosakan bagi menilai jumlah bantuan selanjutnya yang layak diberikan kepada mangsa. Beliau hadir bersama semasa lawatan YB Datuk Seri Dr Sim Kui Hian iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri N.14 Batu Kawa dan YB Datuk Amar Jaul Samion iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak ke tempat kejadian.

Tarikh: 20 Dis 2021
Tempat: Kuching
Penganjur: JKMS