<< SENARAI ATURCARA

Kualiti Perkhidmatan Penentu Imej Jabatan / 2021

Cabaran dalam melaksanakan tugas haruslah ditangani dengan cara kerja yang professional. Ini kerana, masyarakat inginkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan adalah tanggungjawab jabatan untuk memastikan penyampaian adalah yang terbaik. Di samping itu, semua kakitangan JKMS harus memberi imej yang baik kepada jabatan dengan bertindak secara proaktif dalam apa jua tugas yang diberikan. Dalam memastikan JKMS berada di tahap yang tinggi, integriti dan disiplin adalah kunci kepada sesebuah kejayaan. Ini dinyatakan sendiri oleh Puan Noriah Binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam lawatan kerjanya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching. Dalam sesi ini, beliau berpeluang melihat sendiri operasi pejabat dan mengenali dengan lebih dekat pegawai dan kakitangan yang bertugas di lapangan. Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Hajah Norhayati Binti Haji Abdul Rahman iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.

Tarikh: 1 Dis 2021
Tempat: PKMB Kuching
Penganjur: JKMS