<< SENARAI ATURCARA

JKMS Bersama Komuniti Song - Kapit/2021

Masyarakat perlu lebih jelas dengan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini dibuktikan dengan wujudnya pelbagai inisiatif yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu agensi yang melaksanakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri dan usaha ditingkatkan bagi memastikan perkhidmatan sampai kepada masyarakat. Perkara ini dinyatakan oleh Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak semasa bersama komuniti Song dalam sesi penerangan Inisiatif Kerajaan melalui KWKPK dan JKMS. Dalam sesi ini, pelbagai inisiatif disampaikan seperti  Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK), Bantuan Geran Pelancaran, Rakan Strategik KGC, Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Insan Kematian (BIK), Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Turut hadir dalam sesi adalah ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.

Tarikh: 30 Nov 2021
Tempat: Daerah Song