<< SENARAI ATURCARA

Jelajah Inisiatif Kerajaan Sarawak Diteruskan Ke Lundu - Kuching/2021

Penerangan mengenai inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh KWKPK dan JKMS diteruskan lagi ke Daerah Lundu. Ini adalah untuk memastikan semua pihak jelas dan faham mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan. Jelajah ini juga merupakan peluang keemasan bagi masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi kerajaan yang terlibat. Jelajah ini diketuai sendiri oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan antara inisiatif yang disampaikan adalah Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK), Bantuan Geran Pelancaran, Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Insan Kematian (BIK), Rakan Strategik KGC, Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Bakul Makanan, Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Bantuan kewangan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas. Ia juga disertai oleh Yang Berbahagia Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu iaitu Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu dan Yang Berbahagia Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 22 Nov 2021
Tempat: Mahligai Gading, Lundu
Penganjur: JKMS