<< SENARAI ATURCARA

Hospital Saratok Menerima Tambahan Mesin Hemodialisis / 2021

Hospital Saratok merupakan salah satu hospital yang mendapat Mesin Hemodialisis sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Ia sekaligus menjadi satu kelegaan kepada 44 orang pesakit buah pinggang yang mendapat rawatan di hospital ini. Secara tidak langsung ia juga akan memberi peluang kepada pesakit lain yang akan menjalani rawatan ini di dalam Daerah Saratok tanpa perlu pergi jauh. Penyampaian mesin ini dilakukan sendiri oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti,Wanita,Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Berusaha Kaunselor Haji Mohamad Bin Duri yang merupakan wakil penyandang ADUN N38 Kalaka, Yang Berusaha Dr Wan Muhammad Faizuddin Bin Wan Mohd Fauzi iaitu Pengarah Hospital Saratok dan Puan Irene Andrew Ganggang yang merupakan wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 15 Nov 2021
Tempat: Hospital Saratok
Penganjur: JKMS