<< SENARAI ATURCARA

Inisiatif KWKPK & JKMS Kini Di Spaoh - Betong / 2021

Sesi penerangan mengenai inisiatif Kerajaan Sarawak melalui KPWPK dan JKMS diterus dan kali ini diadakan di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong. Ini telah menjadi peluang keemasan bagi penduduk Spaoh apabila berpeluang mendengar sendiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. Dengan adanya inisiatif sebegini, ia memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung. Rakyat juga disaran untuk menggunakan peluang ini dengan cara yang betul dan mengelakkan pembaziran dalam menempuh keadaan ekonomi pada masa sekarang. Inisiatif-inisiatif yang telah disampaikan dalam program ini adalah Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK), Geran Pelancaran (GP), Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Rakan Strategik KGC, Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Turut hadir dalam program ini adalah Yang Berusaha Dr.Richard Rapu @ Aman Anak Begri iaitu Setiausaha Politik yang mewakili Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu iaitu penyandang DUN N.36 Layar, Yang Berusaha Encik Abang Mohamad Bin Abang Turkey iaitu Timbalan Residen Bahagian Betong dan Encik Harry Silas Tirau yang mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 15 Nov 2021
Tempat: Dewan Masyarakat Spaoh