<< SENARAI ATURCARA

Sambutan Kebersamaan Ke Arah Kesejahteraan / 2021

Sambutan Hari Kebersamaan Ke Arah Kesejahteraan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah diadakan dengan jayanya di BCCK Kuching. Penganjuran sambutan ini adalah merangkumi Hari Usahawan Mikro Kebajikan, Hari Orang Kurang Upaya dan Hari Warga Emas. Secara khususnya, ia juga adalah untuk memberi penghormatan, penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian kesemua elemen yang diraikan tersebut.  Hadir merasmikan sambutan ini adalah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Dalam sambutan ini, beberapa anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Usahawan Mikro Kebajikan, Anugerah Ikon Usahawan Mikro Kebajikan, Anugerah Atlet Dunia, Anugerah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Contoh, Anugerah NGO Warga Emas, Anugerah Pengiktirafan Khas, Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU dan melancarkan Buku OKU Empowerment in Sarawak. Turut Hadir memeriahkan sambutan ini adalah Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Yang Berhormat datuk Francis Harden Hollis iaitu Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey Binti Haji Yunus iaitu Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Yang Berusaha Datu Dr. Hajah Rashidah binti Haji Bolhasan iaitu Setiausaha Tetap (KWKPK), Yang Berusaha Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Ketua Pegawai Eksekutif SOCOE Sdn Bhd, JW Sam dan ketua-ketua jabatan dan tetamu kehormat lain.

Tarikh: 11 Nov 2021
Tempat: BCCK
Penganjur: JKMS