<< SENARAI ATURCARA

Memastikan Penyampaian Perkhidmatan Di Tahap Terbaik / 2021

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak meluangkan masa melihat sendiri perkhidmatan yang diberikan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri. Beliau juga berkesempatan menyantuni klien-klien jabatan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan dan mendengar sendiri cadangan untuk penambahbaikan. Ini adalah bagi memastikan JKMS sentiasa di hadapan dalam memberikan perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Turut bersama beliau adalah Puan Noriah Binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan Encik Pengiran Mohamad Najib Bin Pengiran Mohamad iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.

Tarikh: 26 Okt 2021
Tempat: Bahagian Miri
Penganjur: JKMS