<< SENARAI ATURCARA

Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana / 2021

Menyalurkan bantuan merupakan tindakan pantas yang perlu dilakukan oleh JKMS semasa menghadapi bencana. Bagi memastikan ia dapat dilaksanakan,mewujudkan Depot Bencana amatlah perlu bagi menyimpan keperluan asas tersebut. Puan Noriah Binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak meluangkan masa beliau semasa menjalankan tugas rasmi di Bahagian Miri dengan melawat Mini Depot yang terletak di Balai Bomba Dan Penyelamat Lopeng. Ia adalah bagi memastikan ianya masih berfungsi dengan baik dan mampu menyediakan keperluan dengan segera.

Tarikh: 26 Okt 2021
Tempat: Bahagian Miri