<< SENARAI ATURCARA

Persediaan Menghadapi Bencana - Misi 2 PHB Long Busang / 2021

Bencana merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan manusia. Namun begitu, adalah menjadi peranan dan tanggungjawah JKMS untuk memastikan mangsa bencana mendapat bekalan makanan yang secukupnya. Bagi memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan dengan kadar segera, YB Datuk Liwan Lagang iaitu Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN 65 Belaga dan Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah hadir dan melihat sendiri keperluan tersebut di Pangkalan Hadapan Bencana Long Busang. Lokasi yang terletak dalam perjalanan yang memakan masa selama 7 jam daripada Bandar Kapit ini merupakan kawasan yang sering dilanda bencana banjir dan sepatutnya mempunya pangkalan hadapan sendiri. Sesi penerangan selama 2 hari bersama agensi lain ini telah memberi manfaat kepada penduduk dan bagi JKMS sendiri, tiada halangan yang tidak dapat direntasi bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan yang terbaik.
Terima Kasih diucapkan kepada KK Haji Yusuf Bin Haji Zawawi dan semua penduduk Kampung Long Busang kerana menerima kehadiran kami.

Bencana merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan manusia. Namun begitu, adalah menjadi peranan dan tanggungjawah JKMS untuk memastikan mangsa bencana mendapat bekalan makanan yang secukupnya. Bagi memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan dengan kadar segera, YB Datuk Liwan Lagang iaitu Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN 65 Belaga dan Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah hadir dan melihat sendiri keperluan tersebut di Pangkalan Hadapan Bencana Long Busang. Lokasi yang terletak dalam perjalanan yang memakan masa selama 7 jam daripada Bandar Kapit ini merupakan kawasan yang sering dilanda bencana banjir dan sepatutnya mempunya pangkalan hadapan sendiri. Sesi penerangan selama 2 hari bersama agensi lain ini telah memberi manfaat kepada penduduk dan bagi JKMS sendiri, tiada halangan yang tidak dapat direntasi bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan yang terbaik. Terima Kasih diucapkan kepada KK Haji Yusuf Bin Haji Zawawi dan semua penduduk Kampung Long Busang kerana menerima kehadiran kami.

Tarikh: 28 - 30 Okt 2021
Tempat: Pangkalan Hadapan Long Busang
Penganjur: JKMS