Polls
Announcements
<< SENARAI ATURCARA

Bantuan Makanan Kering Ke Kawasan PKPD Tabuan Melayu / 2021

Bagi memastikan Bantuan Makanan Kering dibekalkan dengan kadar yang segera, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak meluangkan masa untuk melihat sendiri proses agihan tersebut. Bekalan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah diedarkan dengan bantuan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Turut hadir bersama melihat proses pengagihan tersebut adalah YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, YB Dr. Hazland Bin Abang Hipni iaitu ADUN Demak Laut, YS PKPjB Khirudin Drahman iaitu Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 19 Jul 2021
Tempat: Kampung Tabuan Melayu, Kuching