Polls
Announcements
<< SENARAI ATURCARA

Program Vaksinasi Covid-19 Kepada Penghuni Desa Bina Diri Kuching / 2021

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak hadir bagi memantau proses vaksinasi Covid-19 kepada penghuni di Desa Bina Diri, Kuching. Seramai 28 orang penghuni telah hadir dan pemeriksaan dilakukan oleh Pegawai Perubatan sebelum dibenarkan untuk mengambil vaksin tersebut. Turut hadir ialah YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti dan Puan Noriah Binti Haji Ahmad iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Tarikh: 19 Jul 2021
Tempat: Desa Bina Diri, Kuching
Penganjur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak