Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Nov 2019
Versi 8.2.2
Kategori OKUKategori OKU

KATEGORI OKU

Terdapat 7 katgori yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

1. PENDENGARAN

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa  menggunakan alat bantuan atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran iaitu:-

       # minimum 15 -< 30dB (kanak-kanak)   
                      20 -< 30dB (orang dewasa) 
       # sederhana 30 -< 60dB
       # teruk (severe) 60 -< 90dB
       # sangat teruk (profound)


2. PENGLIHATAN

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad dii kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu oenglihatan seprti cermin mata ataukanta sentuh.Terdapat dua tahap
kurang upaya penglihatan seperti berikut:-

# Terhad

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama denganatau lebih banyak daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

# Buta

Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation

3. PERTUTURAN

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak
boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pad aumur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

4. Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia,paraplegia,tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri,pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan.Keadaan ini bolehterjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistemsaraf, kardiavaskular respiratori, hematologi, imunologi,urologi, hepatobiliari,muskuloskeletal,ginekologi dan lain-lain.

Contoh ketidakupayaan fizikal:

Limb defects (conggenital / acquired) termasuk, kehilangan ibu jari tangan.

Spinal Cord Injury
Stroke hanya sekiranya tiada pengembaliaan fungsi selepas enam bulan.

Traumatic Brain Injury

Kerdil (Acondroplasia) iaitu < 142cm bagi lelaki dan < 138 cm bagi wanita

Celebral Palsy

Nota:

Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi,contohnya kehilangan jari,mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran

5. MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal.Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembab dan kurang upaya intelektual.Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajan individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Diorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalahpembelajaran specifik seperti (Dyslexia,Dyscalculia dan Dysgraphia)

6. MENTAL

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawaatn atau telah diberi diagnosis selamasekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri.Akibat daripada penyakit yang dilamai dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,Skizofrenia, Paranoid,Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder danPersistent Delusional Disorders.

7. PELBAGAI

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Diabilities) mempunyai leabih daripada ketidakupayaan dan secara
umumnya tidak sesuai diklafikasikan dalam kategori satu hingga enam.