Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 26 Jun 2019
Versi 8.2.1
Bengkel Terlindung (Bengkel Seri Sarawak)Bengkel Terlindung (Bengkel Seri Sarawak)

BENGKEL TERLINDUNG ( BENGKEL SERI SARAWAK )

PENGENALAN
BSS adalah sebuah Bengkel Terlindung yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak pada 1991.Terletak di Pusat Pemulihan Samarahan KM1 jalan Datuk Mohd. Musa, Samarahan.

OBJEKTIF
Untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak dapat bersaing di pasaran.

PENGURUSAN
BSS diurus oleh Lembaga Pengurusan yang dilantik oleh YB Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Sampul surat
Membuat dan membekal sampul surat pelbagai saiz mengguna kertas kraf dan kertas manila

  • Bertingkap

  • Saku

  • Bercetak atau tidak mengikut kehendak pelanggan

Produk Lain

  • Kertas Simili (80gsm) (Kertas Untuk Fotostat)

  • Fail Folder

  • Pelbagai bentuk kad jemputan

Prostetik & Ortotik
Membuat Anggota Palsu (Artificial Limbs)

  • Kaki Tiruan - Bawah dan atas lutut

  • Tangan Tiruan - Bawah dan Atas Siku

  • Membaiki kaki & tangan tiruan

    Alat sokongan seperti Tongkat Ketiak, Calipers dan sebagainya.


Untuk Tempahan :

Sampul Surat, Alat Tiruan atau sebarang maklumat, penerangan, sebutharga dan sebagainya, sila hubungi :

BENGKEL SERI SARAWAK
KM 1, Jalan Datuk Mohd Musa,
93250 Kuching Sarawak
Tel : 082-629837
Fax : 082-613669
email :
bss_613669@yahoo.com