Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Nov 2019
Versi 8.2.2
Pendaftaran TASKA Pendaftaran TASKA

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali
    bagi TASKA di rumah.

2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

STANDARD MINIMUM JKM

Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut :

1.  Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;

2.  Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;

3.  Sekurang-kurangnya salah seorang pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh kanak-kanak di TASKA hendaklah mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf oleh JKM (*);

4.  Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Rumah atau 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti;

5.  Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;

6.  TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;

7.  Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;

8.  Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA;

9.  Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

(*)  Semua Pengusaha, Pengurus, Penyelia dan Pengasuh di TASKA wajib hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak atau Kursus Asuhan PERMATA selewat-lewatnya dalam tempoh 1 tahun bekerja di TASKA.

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

1.  Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) yang berkenaan.

2.  Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.

3.  Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA Di Rumah dan RM250.00 bagi TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.

4.  Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.

5.  Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).

 

TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL

 Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

1.  Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan

2.  Pembatalan Pendaftaran

3.  Arahan TASKA ditutup sementara

4.  Lak (seal)

5.  Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh :

      a)didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;

      b)bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

 

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990. 

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN, JURULATIH DAN FASILITATOR KURSUS ASUHAN PERMATA

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan. 

FI KURSUS ASUHAN PERMATA

Fi Kursus Asuhan PERMATA ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 137 jam @ 23 hari sepenuh masa dan lebih kurang 4 bulan untuk mereka mengikuti  kursus tersebut pada hari hujung minggu.  Pada masa ini JKM ada menyediakan sebanyak RM500.00 seorang bertujuan untuk menggalak dan mengurangkan beban fi Kursus Asuhan PERMATA.    Insentif ini disalurkan terus kepada Agensi Latihan Diiktiraf oleh JKM.   Peserta Kursus Asuhan PERMATA boleh membeli Modul Kursus Asuhan PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus. 

SENARAI PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN KAP DI SARAWAK

BIL

NAMA & ALAMAT AGENSI LATIHAN

PENGERUSI

NO TELEFON

1

Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Sarawak (PPBS)

Peti Surat A 142, Pejabat Pos Kenyalang Park

93307 Kuching

Sarawak.

Puan Ng Lee Boon

0198161658

 

2

Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Sarawak (PPBS Miri)

Lot 903, Jalan Acacia 2A, Shang Garden,

98000 Miri, Sarawak.

 

Puan Angela Goh

013-830 0903

3

Persatuan Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak-kanak Sarawak (3PAKS)

TASKA Intan, No. 69, Lot 5717,

Taman Hamimas, Jln. Tun Haji Abdul Rahman Yaakub,

93050 Kuching,

Sarawak.

Hjh Juiter Abang

019-857 0895

4

LH Educational Resources

628, Lorong Urat Mata 2A

93350 Kuching

Sarawak.

Puan Irene Tan Choon Lian

013-809 5114