Jenis-Jenis Bantuan dan Syarat Asas KelayakanJenis-Jenis Bantuan dan Syarat Asas Kelayakan

JENIS - JENIS BANTUAN


1. Bantuan Bulanan

  • Bantuan Am (BA)

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Belia-Beliawanis (BBB)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)

 2. Bantuan Sekaligus

  • Bantuan Sekolah

  • Bantuan Alat Tiruan (BAT)
  • Bantuan Pengangkutan Jenazah / Mayat
  • Bantuan Kes Terkandas / Terdampar 
  • Bantuan Bekas Pesakit
  • Bantuan Bencana (Kebakaran / ribut / tanah runtuh / banjir / kemarau dan lain-lain)
  • Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

 

JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT SKIM BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN SARAWAK

 SYARAT ASAS BANTUAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM990.00 sebulan.
  • Golongan berkeperluan dan tidak berkemampuan.

 CARA PENGIRAAN PENDAPATAN:

  • Pendapatan dikira berdasarkan pendapatan pemohon dan ahli isi rumah yang tinggal bersama KECUALI Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) yang mengambilkira pendapatan individu atau pemohon sahaja.

BIL

JENIS BANTUAN

KADAR  (RM)

KEUTAMAAN PERTIMBANGAN BERDASARKAN KRITERIA / SYARAT BERIKUT

A.

BANTUAN NEGERI

1.

Bantuan Am (BA)

200.00 - 300.00

  • Pesakit, ibu tunggal, OKU, tanggungan banduan/penagih dadah

2.

Bantuan Belia-Beliawanis (BBB)

200.00

  • Penempatan di kilang, kedai atau bidang-bidang tertentu bagi mendapat kemahiran
  • Belia miskin tercicir dari persekolahan, lepasan institusi atau OKU

B.

BANTUAN PERSEKUTUAN

3.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

100.00 - 450.00

(100.00 seorang/maksimum lebih 4 orang)


*Tambahan (Top Up) Nilai RM50.00  (Peruntukan Negeri) mulai Januari 2016

  • Bawah 18 tahun

(jika bersekolah hingga menengah atas)

  • Yatim/ yatim piatu
  • Ibubapa tidak mampu atau putus mata pencarian – uzur/cacat/sakit/tanggungan banduan

4.

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

RM250.00 - 500.00

(RM250.00 seorang  /maksimum  2  orang atau lebih)

  • Bawah 18 tahun
  • Tiada ibubapa
  • Tinggal bersama keluarga pelihara program JKM atau perintah Mahkamah

5.

Bantuan Orang Tua (BOT)

RM350.00

  • 60 tahun ke atas
  • Tiada pendapatan
  • Tiada keluarga / ada keluarga tidak mampu menyara

6.

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

RM400.00

  • OKU berdaftar
  • Bekerja sendiri / dengan majikan
  • Pendapatan bawah RM1,200.00 sebulan
  • Tidak tinggal di institusi ada tempat tinggal / makan minum percuma

7.

Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

RM350.00

  • Penjaga sepenuh masa OKU/ pesakit kronik/ terlantar
  • Bergantung penuh dengan penjaga
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih RM3,000.00 sebulan

8.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

RM250.00


*Tambahan (Top Up) Nilai RM50.00  (Peruntukan Negeri) mulai Januari 2016

  • OKU berdaftar
  • Tidak upaya bekerja, bukan tidak mahu
  • Pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa
  • 18-59 tahun/ bukan peserta PDK
  • Pendapatan” ditakrifkan sebagai pendapatan yang diperolehi daripada gaji kasar, bonus, upah, wang sumbangan anak-anak / keluarga, hasil sewa seperti sewa rumah, bayaran pindahan seperti kiriman wang, bayaran nafkah, pencen, ganjaran SOCSO, ganjaran KWSP, hasil pelaburan seperti ASB, hasil jualan barangan termasuk hasil pertanian/ perikanan/ penternakan dan lain-lain.