Berita

HPT JKMNS 2014 Hala Tuju Dan BSC JKMNS
Tarikh : 17 Nov 2020
 

Program High Performance Team (HPT) JKMNS 2014 : Hala Tuju dan BSC JKMNS telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2014 bertempat di Damai Beach Resort, Kuching. Fasilitator bagi program selama 3 hari ini adalah Tuan Haji Abang Shamshudin Bin Abang Seruji, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak. Seramai  35 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Seksyen, Penolong Pengarah Bahagian dan Pengetua Institusi.

Objektif program ini adalah:

  • Membincangkan dan menjelaskan tentang hala tuju JKMNS
  • Menyemak semula perancangan BSC 2014
  • Menetapkan cara pengumpulan data dan format pelaporan
  • Menetapkan KPI JKMNS bagi tahun 2014
  • Mengeratkan hubungan kerjasama dan semangat berpasukan antara pegawai di JKMNS