Polls
Announcements

Berita

Program Pembangunan Minda Siri 3
Tarikh : 17 Nov 2020
 

Program Pembangunan Minda Siri 3/2013 telah diadakan pada 8 hingga 9 Mei 2013 bertempat di Dewan Sukan Kompleks Lubok Antu, Sri Aman. Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada klien jabatan telah hadir ke program ini.

Penceramah bagi program ini ialah Puan Nurin Chunggat, Penolong PengarahSeksyen Pembangunan Klien (JKMNS), Encik Awg. Mohd Najib bin Awg. Chee dari AMNAC Solutions, Encik Mohammad bin Hassan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Encik Matnor Bin Abang, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Usahawanan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua
Menteri.

Objektif Program

Program ini melibatkan penerima bantuan yang masih produktif dan pengisian program mengurus kepada perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan :

  • Untuk membangunkan minda dan sikap supaya lebih bermotivasi.
  • Untuk meningkatkan ilmu pendidikan dan kemahiran “Coping Skill”.
  • Membuka minda klien ke arah kemahiran ekonomi.
  • Peserta didedahkan dengan peluang-peluang keusahawanan bersesuaian dengan keupayaan dan kemahiran dimiliki.

Matlamat Program

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi ejen perubahan serta memberi anjakan minda kepada klien agar tidak sentiasa bergantung dengan bantuan bulanan.
  • Pembangunan Minda ini juga diselitkan dengan ceramah motivasi agar dapat merubah minda subsidi dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan berdikari serta memberi peluang  mengenali potensi diri dalam bidang perniagaan.
  • Kursus ini juga mengharapkan agar klien  dapat membuka minda mereka supaya dan dapat memahami konsep bantuan bulanan adalah bersifat sementara sahaja manakala, sekiranya mereka mengambil peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan akan dapat mengubah sosio ekonomi mereka walaupun ianya bermula secara kecil-kecilan.